Free Fire: Expand dirisik salah sebuah organisasi e-sukan?

Jaguh Free Fire tempatan, Expand adalah pasukan yang kian menempa nama di persada dunia sekarang. Baru-baru ini pengurus pasukan, Norain Abu Talib sempat dihubungi berkenaan khabar angin suatu organisasi yang berminat untuk menandatangani pasukan itu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihaknya dalam satu temubual.

“Perbincangan masih di proses awal dan tidak menyentuh mana-mana hal penting,” ujarnya ketika ketika dihubungi MyGameOn.

Tambahan lagi, dia menegaskan pasukannya masih menilai keterbukaan dan kredibiliti organisasi itu tentang sinergi dan pelaksanaan rangka kerja kepada pasukannya.

“Jika anda mahu kecapi (pencapaian) dengan pantas, geraklah secara bersendiri. Tapi jika anda mahu kecapi (pencapaian) yang berpanjangan, geraklah bersama-sama,” sebutnya.

Dia juga menyifatkan agenda komersial yang berlebihan menjadikan seseorang pemain itu kurang berkembang yang mengganggu kestabilan emosi dan mental.

“Kemahiran insaniah dan penerapan modal insan amat penting dalam membina sebuah pasukan bertaraf dunia,” tambahnya lagi.

Norain berkata, perbezaan budaya di Malaysia menjadikan pemain tidak mampu menerapkan budaya kerja e-sukan. Oleh itu, dia merasakan ketidakseimbangan ekosistem dalam tumbesaran sebagai remaja.

“Kesedaran terhadap budaya dan pelajaran adalah aspek yang amat penting untuk kita berada di atas dan mengecapi kejuaraan dunia,” akhir kata oleh Norain (Umi).

RELATED NEWS

+