FIFA 19 baru saja dilancarkan pada 28 September lepas dan nampaknya EA Sports menerima reaksi yang positif kali ini.
Ada yang kata ia lebih realistik. Ada yang kata ia lagi mencabar. Ada juga yang kata FIFA 19 adalah yang paling best dimainkan berbanding entri lain. Tapi apa pula kata pemain profesional? Jom kita dengarkan pendapat mereka!
Luqman ‘Fenrir’ Haziq
“Saya masih lagi tengah menyesuaikan diri dengan FIFA 19 tapi dari apa saya perhatikan, ciri dynamic tactics adalah yang paling menarik. Setiap pemain perlu guna taktik dan formasi berlainan bergantung kepada taktik pihak lawan.
“Ia bagus kerana setiap pemain perlu mencuba pelbagai jenis taktik dan tak boleh bergantung pada satu taktik sekali gus meningkatkan skill gap antara pemain.
“Bagi saya cabaran utama permainan ini ialah pace yang tak efektif dan ia lebih ke arah posession style football. Disebabkan gameplay saya yang suka fast build up dan counter attack, nak tak nak saya terpaksa juga sesuaikan diri dengan mekanisme baru permainan ini,”
Kathires ‘Infamous9’ Sugumaran
“FIFA 19 boleh tahan seronok dengan beberapa mod baru ditambahkan. Dengan penambahan Champions League, permainan ini jauh lebih baik.
“Apa yang membezakannya dengan judul sebelumnya ialah mekanisme baru untuk sepakan dan dribbling. Ia lebih susah untuk jaringkan gol sekarang. Boleh dikatakan sekarang ada learning curve untuk setiap pemain.
“Bagi saya, Mod survival ini masih belum sesuai untuk esports. Even sekarang pun kejohanan berdaftar dari EA Sports masih fokus pada kick off dan FUT.
“Saya cadangkan penganjur untuk memanfaatkan mod ‘best of series’ untuk pertandingan,”
Muhammad Aiman Hariz @ PRDG|Aksiz_Sora
“Yang menariknya bagi saya adalah new first touch, dribbling dan penambahbaikan untuk custom tactic. Untuk new first touch dribbling ni, sesuai untuk orang yang suka main skill. Untuk custom tactic pula, FIFA 19 menyediakan beberapa taktik yang memudahkan pemain untuk pilih jadi tak ada lagi tetapan untuk 0-100.
“Sepakan dalam FIFA 19 sangat mencabar. Dengan adanya Timed Finishing ni membuatkan ia susah untuk finishing. Tapi kalau dah biasa main, mungkin tak jadi masalah lagi,”
Lim ‘Boon’ Shige Shin
“FIFA 19 lebih realistik kali ini kerana fast passing kini menerima nerf. Paling seronok sekali ialah FUT. Kita akan ada lebih ramai legends yang hadir dalam mod ini seperti George Best, Rivaldo, Paul Scholes dan ramai lagi.
“Ia juga lebih mencabar kerana sepakan dan passing lebih susah berbanding dulu. Pertahanan (defending) juga lebih susah. Jadi mana-mana pemain yang mahir dalam kesemua ini akan mempunyai kelebihan.
“Daripada sudut Esports, saya rasa mod baru (survival mode) tak sesuai untuk pertandingan kerana ia hanya untuk suka-suka saja. Kejohanan e-sukan lebih tertumpu kepada mod FUT dan pro club,”
Baca lanjut: 4 Ciri Baru FIFA 19 Yang Buat Korang Tak Sabar Nak Main
FIFA19 sudah pun keluar dan EA Sports ingin menghantar korang ke Europa untuk menyaksikan perlawanan Champions League!! Siap dengan ticket penerbangan dan hotel! Betul bro tak tipu!
Cara nak menang simple sangat, cuma klik di sini: www.futunited.com/my dan ikuti arahan. Kalau menang nanti jangan lupa ajak penulis tau!