Perbezaan Battlefield 2042 di konsol generasi baru dan lama

Battlefield 2042 disasarkan menjadi perkembangan besar bagi siri penembak. Dengan pengesahan versi konsol generasi baru, ia memberi persoalan bagaimana permainan ini akan dimainkan di konsol lama. 

Seperti yang diketahui, pada konsol generasi lama, permainan ini boleh dimainkan sehingga 64 pemain, berbanding 128 pemain di platform PC, Xbox Series X|S dan PS5. Tetapi terdapat sedikit perbezaan bagi saiz peta, di mana saiz peta yang lebih kecil di versi PS4 dan Xbox One.

Pemain juga boleh menjangkakan sedikit kekurangan pada kualiti grafik di konsol lama berbanding konsol baru dan versi PC. Namun, EA masih belum memberikan penerangan perihal ini. 

Perubahan pada saiz peta menggambarkan usaha pembangun untuk mengekalkan prestasi permain yang konsisten, tetapi ia menjadi sebab terdapat hanya separuh pejuang di dalam pertarungan. Pihak EA juga sudah menjelaskan, walaupun berbeza saiz peta, tidak ada perbezaan pada ciri-ciri permain antara dua versi permainan itu. 

Manakala, bagi ciri rentas platform, dengan perubahan yang dilakukan di pelatform generasi terbaru, pemain di PC, Xbox Series X|S dan PS5 boleh bermain sama. Namun, bagi generasi lama hanya PS4 dan Xbox One sahaja boleh bermain secara rentas platform. 

Battlefield 2042 diumumkan akan dilancarkan pada 22 Oktober ini, tidak termasuk kempen atau mod battle royale, tetapi ia akan didatangkan dengan pertarungan besar, mod baru dan kesan persekitaran yang hebat. 

Maklumat lanjut boleh layari DI SINI, dan di EA Play Live pada 22 Julai. 

RELATED NEWS

+