Filem macam PUBG? Trailer Biubiubiu sangat luar biasa

Baru-baru ini seorang penganalisis di Twitter bernama Daniel Ahmad mendedahkan kewujudan filem seakan-akan PUBG yang diarahkan oleh pengarah dari China. Filem ini mengisahkan barisan pemain yang menggunakan peranti mudah alih berlawan antara satu sama lain di dalam sebuah permainan video.

Tidak diumumkan nama permainan video sebagai PUBG, ia menyerupai dan seakan-akan sama dengan permainan peranti mudah alih paling popular itu. Dari penggunaan senjata, perisai badan dan juga camera angle.

Yang menarik tentang filem ini, ia memaparkan aksi di dalam permainan video itu dengan menggunakan teknik CGI seperti filem animasi yang lain. Tidak hairan jika filem ini dikaitkan dengan PUBG ataupun Game For Peace oleh kerana permainan itu sangat popular di negara China.

Pembangun permainan itu sendiri Tencent juga bertapak di China. Namun begitu, filem ini tidaklah diumumkan sebagai filem PUBG dan ia tidak ada sebarang unsur atau kaitan sama sekali dengan PUBG Mobile atau Tencent.

Anda boleh melihat trailer di atas dan menilai sendiri aksi-aksi di dalam filem itu. Ianya sangat menakjubkan dan akan ditayangkan pada 6 Ogos di Youku (sebuah video platform seperti Neflix) di dalam bahasa cina.

RELATED NEWS

+