“Filipina hanya memerlukan 3 orang pemain sahaja,”- Xinn

Pemain profesional Mobile Legends RRQ Hoshi, Xinn, menyatakan bahawa pasukan negara Mobile Legends Filipina hanya memerlukan tiga orang pemain sahaja di dalam meraih kemenangan mereka di sukan SEA 2021.

@bukan_xinn tanggapan xinn dan Gustian tentang player fhiliphines ,combo satu keluarga dan sebagian publik 🤔 #seagames31 #gustianrekt #bangxinn #evosrekt #rrqxinnn #fypgakni #rektgustian #xinn #gustianrektevos #esportainment #esportindonesiabersatu #seagames31🇻🇳🇻🇳🇻🇳 ♬ DJ Harga Diriku – Bila Kamu Tak Lagi Denganku REMIX – Ika Project

“Kombo satu keluarga ini gila. Memang GG. Benar kata Gustian (REKT) ketika kami berbual, Filipina hanya memerlukan tiga orang, Wise (Del Rosario), OhMyV33nus (Villaluna), dan Hadji (Imam). Sementara itu, kedua-dua sidelane hanya mengikut sahaja” katanya.

Sepanjang sukan SEA 2021, prestasi pasukan Filipina sangat luar biasa.

Mereka tidak pernah dikalahkan oleh pihak lawan termasuklah Indonesia.

Sebelum menentang Indonesia, Filipina telah tewas satu perlawanan di pusingan separuh akhir apabila mereka menentang Singapura.

Ketika di pusingan akhir, Indonesia hanya mampu memenangi satu perlawanan sahaja.

Dalam erti kata lain, pasukan kebangsaan Filipina sentiasa dapat mencari cara untuk menewaskan pasukan lawannya.

Nyata ketika ini Filipina mendominasi dalam MLBB dia Asia Tenggara.

RELATED NEWS

+