Salah seorang watak rahsia dari Final Fantasy VII akan membuat kemunculan dalam Final Fantasy VII Remake Intergrade, pengembangan untuk Final Fantasy VII Remake (FF7R) yang akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 5 (PS5).
Yuffie Kisaragi, ninja dari Wutai, akan menjadi watak utama dalam episod baharau FF7R Intergrade. Dia akan ditemani seorang watak baharu bernama Sonon Kusakabe. Mereka akan menyelinap masuk Shinra Corporation untuk mencuri sebuah materia yang berkuasa.
Di samping pengumuman ini, Square Enix juga mengesahkan bahawa FF7R akan menerima kemaskini versi PS5 dan pemilik versi PlayStation 4 (PS4) akan menerimanya secara percuma. Walaubagaimanapun, FF7R Intergrade hanya boleh dimain di PS5 dan perlu dibeli secara berasingan.
Versi PS5 akan mengandungi kualiti grafik yang lebih baik termasuk mod prestasi yang mementingkan kadar bingkai. Sebuah Photo Mode juga akan diperkenalkan dalam versi ini untuk membenarkan pemain mengambil screenshot yang lebih cantik.
FF7R Intergrade akan dilancarkan secara eksklusif di PS5 pada 10 Jun tahun ini. Versi Standard boleh dipra-tempah di PlayStation Store pada harga RM299.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.