Square Enix sumbang RM2 juta untuk bantuan kemanusiaan rakyat Ukraine

Syarikat permainan video Jepun, Square Enix menyertai beberapa syarikat dan pengeluar permainan video lain bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Ukraine.

Square Enix Group hari ini mengumumkan mereka akan menderma sebanyak AS$500 ribu (RM2 juta) untuk United Nations High Commissioner for Refugees.

Derma ini adalah khas bagi rakyat Ukraine yang kini terpaksa menjadi pelarian dan mencari tempat perlindungan di negara jiran seperti Poland dan lain-lain.

Tambahan pula Square Enix juga melancarkan tabung dana daripada staf mereka dan program baru untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, UNICEF dan Doctors Without Borders.

Sebelum ini banyak lagi pengeluar permainan video yang juga turut menyumbang untuk Ukraine seperti EA, Sony, Riot Games dan lain-lain.

RELATED NEWS

+