Final Fantasy XV bukan saja mendapat sentuhan anak muda tempatan, Wan Hazmer tapi turut dianggap sebagai permainan video paling dinantikan sebelum ini. Tak cukup dengan beberapa DLC yang disertakan, nampaknya Square Enix mempunyai perancangan lain tahun ini.
Seperti yang dilaporkan Famitsu, Pengarah Permainan, Hajime Tabata mengesahkan game itu akan mendapat lagi 4 DLC yang mempunyai timeline sehingga 2019. Permulaannya adalah Episode Ardyn dan yang lainnya akan menyusul pada tahun hadapan.
Tabata juga berkata Episode Ardyn tidak terlalu serius dan akan mengundang gelak tawa. Kenyataan ini berikutan Episode Ignis yang dikatakan dramatik dan membawa kesedihan kepada peminat.
Sumber: Siliconera