Firesprite kini sedang membangunkan sebuah ‘naratif pengembaraan AAA’

Firesprite, sebuah studio permainan yang berpangkalan di United Kingdom dan juga baru sahaja dimiliki oleh PlayStation, kini sedang mencari penulis baru untuk naratif pengembaraan bagi judul AAA terbaharu mereka.

Di dalam senarai tawaran pekerjaan di laman sesawang mereka, mereka sedang mencari penulis “untuk pembangunan sebuah judul AAA yang belum diumumkan.” 

Pekerjaan ini memerlukan penulis untuk “menghasilkan sebuah watak dan cerita yang menarik” dan calon yang ideal adalah “mereka yang memahami bagaimana untuk untuk menghasilkan cabang-cabang naratif.”

Meskipun Firesprite cukup dikenali dengan pembangunan PSVR, namun Graeme Ankers selaku Pengarah Urusan Firesprite menyatakan, ianya belum pasti sama ada mereka akan menghasilkan judul PSVR secara eksklusif, memandangkan mereka kini sudah menyertai PlayStation. 

Bagaimanapun, Firesprite masih belum mengenepikan judul PSVR dan Sony juga mengesahkan sedang membangunkan set kepala PSVR versi terbaru seiring penghasilan PlayStation 5.

Sony juga mendedahkan alat kawalan baru yang akan didatangkan dengan set kepala itu, di samping disertakan paparan 4K, penjejak mata dan banyak lagi.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+