Flysolo dilamar pasukan MPL?

Bekas jurulatih DeusVult, Flysolo atau nama sebenarnya Kenneth Coloma dari Filipina pernah membantu pasukan itu mendapat tempat keempat di kejohanan dunia MLBB, M5. 

Kini, dia berhasrat untuk memasuki arena MPL di Asia Tenggara dan sudah pun mengesahkan dirinya dilamar salah satu pasukan ternama di rantau itu.

“Saya dan DeusVult sudah berpisah dan saya bersedia untuk perjalanan dan cabaran baharu.

“Kalau bukan bersama mereka (DV), saya takkan dikenali sebagai jurulatih ternama. Sekarang saya akan sertai skuad MPL di Asia Tenggara dan menunggu pengumuman dari mereka,” tulisnya.

Buat masa ini, belum ada mana-mana pasukan yang memberi bayangan jurulatih ini akan menyertai mereka. Namun, DaddyHood pernah mengacah abjad F sebagai salah satu jurulatih baharu lineup HomeBois 2024.

TAGS

RELATED NEWS

+