Flysolo pernah bermain untuk 15 pasukan Dota 2 sebelum bersara ke MLBB

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kenneth Coloma (Flysolo), 32 yang merupakan Ketua Jurulatih Todak MLBB pernah suatu ketika bermain di bawah 15 pasukan Dota 2 berbeza sepanjang karier profesionalnya sejak 2015.

Pencapaian terbaiknya adalah ketika bersama pasukan Dota 2, DeToNator memenangi kejohanan Cobx Masters 2019 Phase II sekali gus membawa pulang AS$60,000 sebagai juara.

Dia juga pernah sekali menjadi jurulatih bagi pasukan Clutch Gamers Dota 2 pada tahun 2018.

Pada tahun 2021, Flysolo akhirnya bersara dari Dota 2 dan berubah angin ke MLBB sejak itu.

Sebagai pemain support dan kapten di Dota 2, nyata pengetahuannya dalam permainan adalah kunci bagaimana dia kini menjadi jurulatih MLBB buat salah satu pasukan hebat negara iaitu Todak.

RELATED NEWS

+