Fnatic dilaporkan akan lakukan perubahan pada barisan VALORANT menjelang musim 2022

Selepas prestasi yang kurang memberansangkan sepanjang musim 2021, terdapat laporang menyatakan Fnatic akan melakukan perubahan menjelang musim baharu tahun depan.

Baru-baru ini, menurut laporan di VLR.gg, Domagoj ‘Doma’ Fancev dikatakan akan meninggalkan pasukan itu. Bahkan, terdapat seorang lagi pemain yang akan diganti, sebelum musim baru bermula. 

Sepanjang 2021, Fnatic tidak berjaya untuk menjulang sebarang piala kejuaraan selepas tewas kepada Sentinels di VCT Master 2 dan hanya berjaya ke pusingan suku akhir sebelum tewas kepada KRU Esports di VALORANT Champions.

Sebelum ini, pihak Riot juga mendedahkan roadmap bagi VCT 2022 yang akan bermula dengan Valorant Challenger pada Februari 2022.

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+