cNed mencari peluang sertai organisasi lain sama ada di Eropah atau lain-lain rantau."> cNed mencari peluang sertai organisasi lain sama ada di Eropah atau lain-lain rantau." /> cNed mencari peluang sertai organisasi lain sama ada di Eropah atau lain-lain rantau." />

CNed dikatakan akan kekal bersama Acend

Baru-baru pihak Acend pernah memberi kebenaran untuk cNed mencari peluang sertai organisasi lain sama ada di Eropah atau lain-lain rantau.

Nampaknya, Mehmet Yağız “cNed” İpek dikatakan akan terus berkhidmat untuk Acend untuk VALORANT Champions Tour musim 2022. 

Menurut laporan Dexerto, cNed akan menandatangani semula kontrak bersama juara VALORANT Champions itu.

Sebelum ini, cNed merupakan satu-satunya roster Acend yang masih belum menandatangani kontrak bagi menghadapi musim 2022.

Laurynas ‘Nbs’ Kisielius, jurulatih Acend, menyatakan empat pemain sudah pun kembali, kecuali cNed yang masih menjadi tanda tanya. 

VCT 2022 bagi Eropah dan Amerika Utara dijadualkan akan bermula pada Januari ini.

Acend bersama Team Liquid, Gambit dan Fnatic sudah menerima jemputan untuk bersaing untuk liga Eropah.

Sumber: Dexerto, Upcomer.

RELATED NEWS

+