Perubahan barisan pemain utama selepas The International 10 (TI10) sudah melanda Asia Tenggara dengan perpisahan Fnatic dengan pemain Malaysia, Ng ‘ChYuan’ Kee Chyuan dan Yang ‘Deth’ Wu Heng.
Melalui catatan Facebook, Fnatic menyatakan bahawa sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ‘pemain luar biasa’ itu, tetapi pasukan perlu menilai semula tujuan dan arahnya untuk masa depan.
Kontrak kedua pemain itu tamat selepas TI10 dan seterusnya, ChYuan dan Deth kini terbuka untuk meneroka peluang baru bagi Dota Pro Circuit (DPC) 2022. Fnatic baru-baru ini bertanding di TI10 dan berjaya menduduki tempat ke-9-12 dan membawa pulang AS$800,400 (RM 3.33 juta).
Barisan pemain Fnatic kini hanya tinggal tiga daripada lima yang bermain di TI10:
- Marc Polo Luis “Raven” Fausto
- Anucha “Jabz” Jirawong
- Djardel Jicko B. “DJ” Mampusti
Kedua-dua ChYuan dan Deth adalah dua rekrut terbaru Fnatic, masing-masing dibawa masuk pada musim kedua DPC 2021 dan sebelum pusingan kelayakan serantau TI10.
Pada mulanya, ChYuan bermain di offlane untuk pasukan tetapi beralih ke midlane selepas pengambilan Deth. Kedua-dua mereka membantu pasukan melayakkan diri ke TI10 selepas memenangi kelayakan SEA.
Prestasi Fnatic di TI10 tidak lah seperti yang diharapkan peminat. Pasukan itu bermula pada bracket bawah menentang Team Undying pada perlawanan BO1. Mereka terselamat dari disingkirkan. Namun, perlawanan seterusnya membawa Fnatic bertemu pasukan skuad pembunuh iaitu Team Spirit yang menyingkirkan segala harapan Fnatic untuk menjulang Aegis of the Champions dengan skor 2-0 dalam perlawanan BO3.
ChYuan dan Deth akan mencari pasukan baru. Deth juga mengumumkan pencarian pasukan Dota 2 baru melalui satu ciapan.
L F T !
— Deth (@dethdota) October 21, 2021
Dota Pro Circuit akan bermula sekitar hujung November, jadi pasukan ini perlu mencari ganti dan memuktamadkan barisan pemain mereka.