Kumpulan pasukan dan format VALORANT Champions Tour kini diumumkan

Hanya kurang daripada dua minggu sebelum acara terakhir VALORANT Champions Tour bermula, format dan kumpulan kini sudah didedahkan untuk kejohanan VCT 2021 yang bermula pada 1 Disember.

VCT Champions akan menggunakan format yang sama seperti VCT Masters Three Berlin. Empat kumpulan yang  terdiri daripada empat pasukan akan bersaing dalam peringkat kumpulan penyingkiran berganda gaya GSL mereka sendiri yang akan menghantar dua pasukan daripada setiap kumpulan ke dalam bracket playoff penyingkiran tunggal.

Berikut adalah kumpulan pasukan di VCT Champions:

  • Kumpulan A: Acend, Team Envy, Vivo Keyd, X10 Esports
  • Kumpulan B: Sentinels, Team Liquid, FURIA, KRU Esports
  • Kumpulan C: Gambit, Crazy Raccoon, Team Secret, Team Vikings
  • Kumpulan D: Vision Strikers, Fnatic, Cloud9, Full Sense

Pecahan kumpulan itu diundi berdasarkan ‘gabungan kedudukan terakhir masing-masing di acara Challenger dan kekuatan rantau mereka,’ menurut Riot Games.

Selain itu, Riot ingin memastikan bahawa pasukan tidak akan dikumpulkan menentang skuad dari rantau mereka sendiri. Kesemua empat pasukan EMEA berada dalam kumpulan berasingan dan tiga pasukan masing-masing dari NA, Asia Tenggara dan Brazil semuanya diasingkan juga.

Selepas tamatnya peringkat kumpulan, kesemua lapan pasukan playoff akan dipilih secara undian secara rawak. Pasukan kumpulan tempat pertama akan bermain pasukan tempat kedua dari kumpulan lain dalam pusingan pembukaan. Semua perlawanan menggunakan format best-of-three, kecuali untuk perlawanan akhir best-of-five pada hari Ahad, 12 Disember.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan bermula pada jam 10PM GMT+8 pada hari Rabu, 1 Disember apabila Vision Strikers menentang Full Sense.

RELATED NEWS

+