Fortnite Memberi Keuntungan Sebanyak $8.5 Bilion Kepada Epic Games

Fortnite dah pun mengaut keuntungan sebanyak $1 bilion, ya USD1 bilion! pada bulan ini; diikuti keuntungan $2 juta sehari dengan mudah walaupun berada dalam kategori free-to-play. Jadi lepasni apa pulak perancangan Epic Games?

Bloomberg melaporkan, Epic Games dah pun meraih keuntungan berlipat ganda kerana mod Battle Royale dan keuntungan lain dalam permainan. Untuk masa sekarang, Epic kini untung sebanyak $3 bilion. 

Sejak permainan ini boleh dimuat turun secara percuma untuk dimainkan, peratusan keuntungan tinggi hadir daripada pembelian V-Bucks dalam talian yang boleh digunakan untuk kostum baru, kapak untuk mencari bahan, emotes dan item istimewa lain. Kolaborasi bersama Marvel juga menarik ramai peminat membeli barangan dalam permainan.

Pelancaran Fortnite di peranti pintar dan tablet juga memberi keuntungan luar biasa kepada Epic, begitu juga dengan jutaan muat turun di Nintendo Switch sejak dilancarkan bulan lalu. Sekarang hanya tinggal Android yang belum menerima permainan Fortnite Mobile.

 

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+