Dahsyat kan macam mana Fortnite tengah leading dalam pasaran peranti pintar sekarang — lagi-lagi bila ia belum lagi dilancarkan di Android.
Laporan dari Apptopia hari ini mengesahkan yang Fortnite dah pun membuat impak besar dalam pasaran iOS. Permainan itu berjaya mencecah 100 juta muat turun selepas 138 hari di App Store — kurang dari lima bulan!
Rekod itu pernah dipegang oleh Super Mario Run dan Pokemon GO masing masing melangkau angka itu pada 68 dan 71 hari.
Apptopia juga mencatatkan pada bulan Mei dan Jun yang mana Fortntie merekodkan 2.7 bilion jam waktu dimainkan, dengan kadar purata log masuk sekitar 21.6 minit. Ia lebih lama dari 14.8 minit yang dimainkan pemain Pokemon GO.
Laporan itu juga menjangkakan walaupun Fortnite menjadi fenomena, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 206 hari lagi sebelum meraih 100 juta lagi muat turun.
Selain itu, keuntungan dalam permainan Fortnite dah pun direkodkan sebanyak $160 juta sejak pertengahan Mac. $500 juta lagi pula dicatatkan pada April — semua ini hanya di iOS saja!
Macam mana kalau Fortnite dilancarkan di Android nanti? Memandangkan ada jutaan pemain, Epic Games akan menyaksikan keuntungan berganda lagi.
Fortnite sedia dimainkan di iOS, Xbox One, PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC.
Sumber: Comicbook