Fortnite Mengacah Peta Baru Dalam Satu Twit Dari Epic Games

Nampaknya Epic Games taknak duduk diam, bagi petanda untuk korang yang peta baru mungkin akan keluar tak lama lagi.

Dalam satu twit penuh kontroversi Epic Games, mereka menulis Battle Bus akan menghala ke lokasi baru iaitu China!

Seperti yang dilihat dalam twit, kita boleh nampak reka bentuk bangunan dalam blueprints bersama pasport yang mengandungi biodata Jonesy dan stem menunjukkan dia sedang mengembara. Ia menunjukkan tarikh “4.23.18” bermakna pengumuman tu akan dibuat tak lama lagi. 

Itu saja yang Epic Games dedahkan tapi ramai juga pemain yang membuat spekulasi sendiri. Ada yang mengatakan ia adalah server baru, ada juga mengatakan ia memperkenalkan peta baru untuk pemain berlawan sesama sendiri di muka bumi yang lain. 

Sama ada twit ini betul-betul menunjukkan peta baru akan dikeluarkan, masih menjadi tanda tanya. Kami akan terus update korang untuk berita penuh nanti.

RELATED NEWS

+