Resident Evil 4 Remake mungkin akan memperkenalkan Albert Wesker?

Resident Evil 4 adalah salah satu permainan video yang dinanti-nantikan pada tahun ini.

Mana tidaknya, permainan asal pada 2005 dianggap sebagai permainan video terhebat sepanjang masa kerana ia menampilkan karakter yang popular seperti Leon Kennedy dan Ada Wong.

Menurut Comicbook, watak antagonis iaitu Albert Wesker akan membuat kemunculan sulung dalam remake. Di IMDB, watak itu akan dilakonkan suara oleh Connor Fogarty yang juga pelakon suara dalam kandungan Resident Evil dalam Dead by Daylight.

Bagaimanapun, Capcom masih belum mengumumkan berita mengenainya. Namun, dalam permainan ekstra Separate Ways, Ada Wong bekerja untuk Wesker jadi kandungan backstory mungkin juga akan diperkenalkan dalam remake.

Jadi ia hanya khabar angin setakat ini.

RE4 Remake akan dilancarkan pada 24 Mac ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+