Garena telah mengumumkan acara Project Cobra untuk permainan mereka Free Fire. Acara tersebut akan memperkenalkan beberapa kandungan baharu dan perubahan yang semestinya membuat para pemain Free Fire teruja.
Watak baharu yang akan diperkenalkan dalam acara ini ialah Shirou. Dia merupakan seorang pahlawan yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Kekuatannya boleh digunakan untuk mewujudkan kesan-kesan Cobra dan kesan-kesan ini menjadi lebih bergaya apabila dia menjadi lebih kuat.
Selain daripada watak baharu ini, Project Cobra juga akan aktiviti harian kemuncak, acara log masuk terkumpul, antara muka istimewa, dan pengumpulan token Cobra untuk mendapatkan ganjaran bertemakan Cobra.
Peta terbaru Free Fire iaitu Bermuda Remastered juga akan disediakan untuk mod permainan Team Deathmatch, Clash Squad, dan Gun King. Kemas kini yang hadir bersama Project Cobra juga membuatkan proses penerimaan atau penolakan group invites lebih mudah.
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Garena Free Fire, pastikan anda mengikut laman Facebook Free Fire Malaysia.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.