KADOKAWA dan Garena umum adaptasi anime Free Fire

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

KADOKAWA CORPORATION dan Garena baru sahaja mengumumkan adaptasi anime untuk Garena Free Fire.

Garena Free Fire adalah permainan video battle royale dengan jumlah pemain aktif harian seramai 100 juta orang.

Gambar dari Garena dan KADOKAWA

KADOKAWA juga dikenali ramai sebagai penerbit untuk anime seperti Kono Suba, Kimi no Nawa, Seishun Buta Yarou Wa Bunny Girl senpai, Overlord, Shield Hero, Bungou Stray Dogs, Made in abyss, Mushoku Tensei, dan lain-lain.

Adaptasi anime ini akan dibuat oleh KADOKAWA QINGYU iaitu salah satu cawangan luar negara KADOKAWA.

Anime yang akan siap bakal ditayangkan ke seluruh dunia nanti.

Selain mod battle royale, Garena Free Fire juga mempunyai pelbagai jenis mod yang lain seperti Clash Squad, Pet Mania, Zombie Invasion dan pelbagai lagi.

Apakah jalan cerita yang mahu dipersembahkan untuk anime Garena Free Fire nanti?

RELATED NEWS

+