Free Fire akhirnya diharamkan di India

Baru semalam kita digemparkan dengan berita bahawa Free Fire dan Free Fire MAX lesap dari Apple App Store dan Google Play Store di rantau India. Asalnya ramai berpendapat bahawa Krafton, pembangun PUBG Mobile atau BGMI di rantau itu, terlibat dalam kehilangan Free Fire di India.

Namun, kini didedahkan bahawa Free Fire dan Free Fire MAX diharamkan oleh kerajaan India.

Menurut agensi berita PTI, Kementerian Dalam Negeri mengesyorkan larangan ke atas 54 aplikasi mudah alih China yang menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat (MeitY) secara rasmi akan mengeluarkan pemberitahuan yang melarang operasi aplikasi ini di India.

Selain daripada Free Fire, senarai baharu aplikasi yang dilarang kebanyakannya termasuk klon aplikasi yang sudah pun diharamkan di India sebelum ini.

Nampaknya India sudah melarang Free Fire sepertimana PUBG Mobile diharamkan dahulu. Mungkin Garena akan mengeluarkan permainan lain seperti Krafton membangunkan BGMI khas untuk rantau India.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

RELATED NEWS

+