Free Fire: MC Imbalanced juara kejohanan wanita pertama MCPS, Femme Fatale

Kejohanan Free Fire wanita pertama di rantau MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka), Femme Fatale menabalkan pasukan Filipina iaitu MC Imbalanced sebagai juara.

Pasukan itu berjaya merangkul kejuaraan selepas mengharungi empat pusingan yang dipertandingkan walaupun tanpa sebarang Booyah.

Hal itu membuktikan konsistensi MC Imbalanced dalam kutipan mata bagi setiap pusingan.

Secara purata, 5.17 mata berjaya dikutip pada setiap peta yang dimainkan. Pusingan ketiga peta Purgatory paling menampakkan taring sebenar pasukan itu apabila mencatatkan 18 mata keseluruhan dan sembilan mata singkir.

Hasilnya, 62 mata keseluruhan yang dikumpul menempatkan MC Imbalanced di kedudukan juara dan membawa pulang berupa 20,000 Diamonds dan set pakaian hadiah Hayato Cup.

Berikut adalah senarai pemain pasukan itu:

  • MC. NABI
  • MC. RHOZ
  • MC. AOMI
  • MC. WHIZ
  • MC. BELL
  • MC. AZIA

RELATED NEWS

+