Berikutan aksi yang longlai diperagakan pasukan HQ Esports iaitu wakil dari Vietnam di Siri Dunia Free Fire Bangkok lepas, ketua pasukannya, Thaison memohon maaf kepada peminatnya.
“Berakhirnya perjalanan kami, walaupun keputusan tidak menyebelahi kami,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Di samping itu, dia juga berazam akan kembali ke pentas tertinggi itu jika diberi kesempatan sekali lagi.
“Kami tidak beraksi baik atas beberapa faktor, saya minta maaf,” ujarnya lagi.
HQ Esports sekadar menduduki tempat ke-13 keseluruhan dengan pungutan 32 mata keseluruhan dan 14 mata singkir pada Grand Final Siri Dunia Free Fire lepas.