Acara crossover terbaharu Free Fire bersama Street Fighter V kini bermula. "> Acara crossover terbaharu Free Fire bersama Street Fighter V kini bermula. " /> Acara crossover terbaharu Free Fire bersama Street Fighter V kini bermula. " />

Free Fire kolaborasi bersama Street Fighter V!

Acara crossover terbaharu Free Fire bersama Street Fighter V kini bermula.

Acara global ‘Free Fighter’ menjemput para Survivors untuk bergaya bersama kegemaran peminat Chun-Li dan Ryu dalam pertempuran dan mempelajari gerakan terkenal Ryu, Hadouken. Disamping itu, terdapat juga pelbagai kandungan masa terhad eksklusif, termasuk antaramuka istimewa acara, skin item, dan banyak lagi.

Hadouken di Free Fire

Dengan membawa Ryu ke dalam dunia Free Fire, dia akan membawa sekali gerakan serangan terkenalnya, Hadouken.

Semasa bertempur, Hadouken Ryu akan membawa tenaga yang sangat kuat melalui telapak tangannya kepada pihak lawan. Para Survivor kini boleh mempelajari dan menggunakan salah satu pop culture – gerakan serangan yang cukup terkenal di dalam Free Fire – sebagai satu emote!

Bergaya dengan Koleksi Street Fighter V

Survivor akan mendapat akses pelbagai barangan fesyen bertemakan Street Fighter V yang diinspirasikan daripada permainan tersebut untuk membolehkan anda bertempur dengan penuh gaya.

Ini termasuk pakaian ikonik Chun-Li – piqao biru dan gelang berduri – termasuk, skin Gloo Wall yang diinspirasikan olehnya, di mana kedua-dua ini boleh mula didapatkan bermula 9 Julai.

Tambahan kepada kostum ikonik Chun-Li, Survivor akan ditawarkan peluang menambah pakaian Ryu di dalam koleksi mereka. 

Acara crossover ‘Free Fighter’ juga akan membawa barangan bertema hos eksklusif, termasuk bom tangan Hadouken dan skin AWM.

Street Fighter V Menguasai Free Fire

Bermula hari ini, sempena acara ‘Free Fighter’, Survivors akan diperlihatkan transformasi penuh di lobi utama. Para peminat Street Fighter V akan kenal latar belakang ikonik, iaitu latarbelakang Air Force Base.

Peluang memenangi permainan Street Fighter V di dalam “Free Fighter Face-Off!”

Garena juga akan membawakan kandungan yang untuk para pemain, terdapat satu siaran langsung eksklusif yang dinamakan “Free Fighter Face-Off” yang akan menampilkan pempengaruh dari Malaysia dan Filipina menentukan gelaran “Free Fighter” terhebat. Siaran langsung itu dijadualkan pada 9 Julai, jam 10 malam.

Peminat daripada kedua-dua negara dapat menyaksikan pelbagai cabaran kolaborasi, seperti pertandingan ‘Hadouken-only’, dalam siri pertarungan antara pempengaruh yang akan dibahagikan kepada Pasukan Chun-Li dan Pasukan Ryu. Nantikan untuk mengetahui siapa yang akan ditentukan untuk pasukan-pasukan tersebut. 

Keseronokan juga akan dikongsi di mana para penonton siaran langsung itu berpeluang untuk bertempur di samping pempengaruh kegemaran mereka di dalam ruangan kustom yang dibuka untuk semua.

Semasa segmen ini, pemain berpeluang untuk memenangi permainan Street Fighter V di Steam apabila mereka memperolehi beberapa pencapaian semasa perlawanan tersebut. 

RELATED NEWS

+