Free Fire: Ulasan OnTheGo dan JHunter bakal warnai ESL Snapdragon Pro Series

Sosok dua gandingan pengulas e-sukan tempatan, Parthiban Petchayappen (OnTheGo) dan Azrul Anwar (JHunter) dijangka akan hadir di ESL Snapdragon Pro Series Free Fire minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh OnTheGo dalam satu status yang dimuat naik di halaman rasmi Facebook miliknya.

“Minggu depan (ini) OTG dan J akan cast Free Fire,” katanya.

Dia sempat berseloroh dengan mengingatkan dirinya supaya tidak tersasul dengan trademarks Winner Winner Chicken Dinner di PUBG Mobile. 

Di samping itu, OnTheGo sempat meminta tunjuk ajar pemain Free Fire untuk menunjuk ajar lebih terperinci tentang permainan itu.

Kalau tak pandai pasal game tu memang tak boleh rap punya la,” ujarnya secara spontan.

Peminat tempatan juga mengharapkan kehadiran dua gandingan ‘maut’ pengulas e-sukan ini memberikan lebih pendedahan terhadap arena e-sukan Free Fire.

RELATED NEWS

+