Permainan RPG Square Enix, Final Fantasy XIII bakal ditawarkan ke PC dan konsol Xbox melalui program Xbox Game Pass pada bulan September ini. Permainan ini dapat dimuat turun pada September 2."> Permainan RPG Square Enix, Final Fantasy XIII bakal ditawarkan ke PC dan konsol Xbox melalui program Xbox Game Pass pada bulan September ini. Permainan ini dapat dimuat turun pada September 2." /> Permainan RPG Square Enix, Final Fantasy XIII bakal ditawarkan ke PC dan konsol Xbox melalui program Xbox Game Pass pada bulan September ini. Permainan ini dapat dimuat turun pada September 2." />

Final Fantasy XIII Dari Xbox Game Pass ada versinya tersendiri

Permainan RPG Square Enix, Final Fantasy XIII bakal ditawarkan ke PC dan konsol Xbox melalui program Xbox Game Pass pada bulan September ini. Permainan ini dapat dimuat turun pada September 2.

Final Fantasy XIII adalah permainan yang unik dalam siri keseluruhan Final Fantasy.

Ia dikatakan sebagai permainan yang mengubah elemen asas seperti mekanik summon dan mekanik perlawanan serta kaedah menaik taraf watak dalam perjalanan anda. Final Fantasy XIII juga adalah siri Final Fantasy yang sungguh menawan dari segi visual walaupun dilancarkan lebih satu dekad yang lalu pada tahun 2009.

Baru-baru ini, beberapa ahli komuniti perasan bahawa Final Fantasy XIII versi Xbox Game Pass PC nampak berbeza jika dibandingkan dengan versi yang dilancarkan di Steam.

Antara perbezaan yang jelas ketara adalah Virtuos dilihat dikreditkan dalam versi Xbox Game Pass.

Virtuous adalah pembangun permainan yang berasal dari China yang bertanggungjawab membawa Final Fantasy XII Zodiax Age serta Final Fantasy X/X-2 Remaster ke PC dan konsol gen-hadapan. Permainan versi Xbox Game Pass ini juga dilihat mempunyai antara muka launcher yang lain.

Tiada implikasi yang kritikal tentang versi yang berbeza antara versi Steam dan versi Xbox Game Pass selain dari keserasian dan fleksibiliti untuk modding yang nyata di versi Steam.

RELATED NEWS

+