Spin-off Final Fantasy baru diumumkan oleh Square Enix. Stranger of Paradise Final Fantasy Origin merupakan hasil gabungan kerja antara Tetsuya Nomura dan Kazushige Nojima dengan TEAM NINJA dari Koei TECMO GAMES. Saksikan video teaser di bawah:
Menceritakan tentang Jack dan rakan seperjuangannya Ash dan Jed, mereka kini berjuang untuk mengalahkan Chaos. Apabila mereka telah membuka pintu Chaos Shrine, mereka menghadapi masalah yang lebih besar dari disangka. Adakah mereka merupakan Warriors of Light yang dikatakan oleh ramalan suatu masa dulu. Bersama tiga rakan ini dalam fantasi gelap yang penuh dengan aksi berlawan kegelapan.
Versi percubaan di PS5 akan hadir bermula 24 Jun ini.