FunPlus Phoenix umum barisan roster musim 2022

Pasukan LPL China, FunPlus Phoenix (FPX) kini memperkenalkan barisan roster baharu mereka untuk menghadapi musim 2022. 

FPX mengekalkan Lwx di dalam pasukan, dan mereka membawa masuk Beichuan dan Jiang daripada barisan roster akademi FPX.

Berikut ialah barisan baharu bagi FPX untuk musim 2022:

  • Ping “xiaolaohu” Xiao-Hu – Top Laner
  • Yang “Beichuan” Ling – Jungler
  • Kim “Gori” Tae-woo – Mid Laner
  • Lin “Lwx” Wei-Xiang – AD Carry
  • Luo “jiang” Bai-Jiang – AD Carry
  • Fu “huang” Ming-Hang – Support
  • Dang “Lele” Bo-Lin – Support

Kemasukan pemain-pemain baharu ini adalah bagi menggantikan tiga pemain mereka iaitu Doinb, Shenyi dan Crisp yang meninggalkan pasukan itu baru-baru ini. 

FPX sebelum ini pernah mencatatkan beberapa kejuaraan antaranya World Championship 2019, Spring Split dan Summer Split 2021. 

Namun, mereka gagal untuk memperoleh kemenangan bagi World Championship 2021 selepas tewas di peringkat kumpulan.

Mungkin dengan perubahan barisan roster kali ini, FPX mampu untuk membawa pulang piala World Championship 2022 seperti kejayaan mereka semasa 2019. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+