Gabungan pemain status pro dan komuniti bukti kerancakan MEL 22 Free Fire

Bahang Liga E-sukan Malaysia (MEL) 2022 semakin terasa apabila kejohanan itu bakal diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan esok.

Perkara yang menarik bagi edisi kali ini kerana Free Fire dipertandingkan bagi kelayakan setiap negeri seperti dua permainan lain, PUBG Mobile dan Mobile Legends:Bang Bang.

Format yang dibentuk oleh pihak penganjur dan persatuan e-sukan negeri tampak memberi satu inisiatif buat pemain berstatus semi-pro untuk menyerlahkan bakat di peringkat kebangsaan.

Tambahan lagi, setiap pasukan akan mempunyai paling maksimum seorang pemain profesional yang sudah bermain kejohanan major dianjurkan secara rasmi oleh Garena Free Fire.

Hal ini dilihat dapat memberi dorongan daripada pemain yang berpengalaman kepada yang masih baru supaya wujud persaingan yang sihat.

Berikut adalah pembahagian kumpulan untuk dimainkan hari ini:

Kumpulan A

  • Fastkill Nov4 (Perak)
  • Red Angel (Kedah)
  • Noxscape Ez (Terengganu)
  • Notx Infinity (Negeri Sembilan)
  • Utara Esports (Perlis)
  • Era Squad (Sarawak)
  • Freedom Rumble (Selangor)
  • Noxscape Nova (Labuan)

Kumpulan B

  • Sabah Pipol (Sabah) 
  • Orv.Enchanted (Melaka)
  • KEA (Kelantan)
  • Tok Dalang (Johor)
  • Never Give Up (Pahang)
  • Tactical Intex  (Putrajaya)
  • KenotBrain (Kuala Lumpur)

Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan melayakkan diri ke Grand Final pada esok bagi merebut hadiah wang terkumpul sebanyak RM25,000.

Liga E-sukan Malaysia (MEL) 2022 Free Fire akan diadakan secara offline bertempat di ESI Hub, Spacerubix, Puchong dan akan bersiaran langsung di Facebook Esports Integrated (ESI). 

RELATED NEWS

+