Game Percuma EGS Minggu Ini: Just Cause 4 & Wheels of Aurelia

Bermula pada hari ini sehingga 23 April 2020, anda boleh tebus dan muat turun dua judul menarik di Epic Games Store iaitu Just Cause 4 dan Wheels of Aurelia.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi Epic Games Store di PC anda dan daftarkan akaun Epic Games Store. Platform tersebut menawarkan dua permainan video percuma pada setiap minggu.

Siri Just Cause terkenal sebagai permainan yang memberikan kebebasan kepada pemain untuk melakukan kemusnahan berskala besar dalam peta terbuka gergasi. Just Cause 4 tetap mempunyai elemen-elemen yang sama di samping beberapa ciri baharu.

Wheels of Aurelia pula merupakan sebuah permainan yang lebih ringkas. Anda hanya perlu memandu kereta anda dalam judul ini dan ia lebih menitikberatkan jalan cerita dan dialog daripada cara permainan.

Kedua-dua judul ini boleh ditebus dan dimuat turun secara percuma sehingga 23 April 2020 di Epic Games Store. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+