Epic Games Store (EGS) bermula pada 15 Januari ini."> Epic Games Store (EGS) bermula pada 15 Januari ini." /> Epic Games Store (EGS) bermula pada 15 Januari ini." />

Star Wars Battlefront 2 percuma di EGS pada minggu depan

Para peminat Star Wars yang belum mencuba permainan video Star Wars Battlefront 2 boleh menikmatinya secara percuma bermula pada minggu depan. Pemain PC boleh menebus permainan ini di Epic Games Store (EGS) bermula pada 15 Januari ini.

Pastikan anda tidak terlepas menebus permainan ini kerana ia bukan sekadar versi biasa. Versi yang ditawarkan ialah Star Wars Battlefront 2 Celebration Edition. Ia mengandungi semua kandungan tambahan yang pernah dilancarkan untuk permainan ini. Anda juga boleh mengakses semua kandungan sedia ada tanpa perlu grind.

Walaupun permainan ini dilancarkan pada tahun 2017, masih terdapat ramai pemain yang bermain secara dalam talian. Menurut statistik SteamDB pada hari artikel ini ditulis, hampir 7,000 pemain telah log masuk dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Untuk menebus Star Wars Battlefront 2 Celebration Edition di EGS, anda hanya perlu mendaftarkan akaun percuma Epic Games dan muat turun aplikasi EGS di komputer anda.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+