Garyy adalah pemain e-sukan MLBB dengan bayaran perpindahan termahal setakat ini

Bekas pemain Team Haq, Muhammad Syafizan Najmi atau Garyy dilaporkan menjadi pemain yang paling mahal kos perpindahan ke pasukan lain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Dalam satu video temubual bersama MyGameOn, pengasas Team Haq, Aiman Haq berkata Garyy kini dilepaskan dari organisasi itu kerana masalah kewangan dan hasil bayaran perpindahan itu dikatakan begitu mahal sehingga dapat memberikan nafas baru kepada Team Haq.

“Kami berminat lagi berada dalam MPL. Moonton juga mahu THQ masih dalam liga ini.

“Selepas ‘jual’ Garyy, Alhamdulillah boleh tampung untuk tahun depan. Perpindahan ini adalah dengan harga paling mahal, lebih mahal dari perpindahan pemain lain,” katanya.

Garyy kini bermain di Kohai SEA Championship bersama Todak namun statusnya adalah sebagai pemain pinjaman sahaja.

Sebelum ini, Team Haq menyatakan kewangan mereka tidak stabil dan mereka terpaksa mencari pembeli slot. 

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+