Gears Of War 5 Lebih Dark, Kali Ini Memaparkan Watak Gadis Sebagai Teraju Utama

Akhirnya, Microsoft memberi kejutan kepada semua! Apa dia? Mestilah Gears of War 5! Tapi tunggu dulu, bukan itu nama rasmi permainan ini tapi ia dipanggil Gears 5.

Trailer ini sangat deep, menunjukkan Kait berdepan situasi tak menyenangkan apabila rantai dengan sijil Locust miliknya muncul kembali. Marcus Fenix dan anaknya turut kembali bersama skuad Gears 4. Persekitaran ditunjukkan dalam trailer sangat meluas berbanding game-game lepas dengan landskap bersalji dan hutan hijau yang ditunjukkan.

Kita bermain sebagai Kait Diaz dan bukan lagi J.D. Fenix seperti keluaran sebelumnya. Kait ditemani Delmont “Del” Walker sementara J.D. dan Marcus mempunyai agenda mereka tersendiri.

Gameplay menunjukkan beberapa musuh baru dan senjata jarak dekat untuk pemain guna bersama senjata besar mereka. Bagaimanapun, Coalition tak mengatakan apa-apa tentang kemunculan apa-apa mod game terbaru ataupun co-op.

Gears 5 dicadangkan keluar di PC dan Xbox One pada 2019.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+