Geek Fam ID juara PMPL ID musim ketiga

Geek Fam ID muncul juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL ID) musim ketiga peringkat country fiinals selepas mendapatkan ranking pertama dalam 18 pertarungan di peta berbeza.

Mereka meraih skor 213 mata, membelakangi BTR yang raih 206 mata. Kemenangan ini memberikan mereka slot ke SEA Finals dan Peace Elite Asia Invitational 2021 (PEI).

Disebabkan BTR RA sudah pun layak ke SEA Finals kerana menjuarai liga sebelum ini, slot SEA Finals kedua diberikan kepada Aura Fire.

Di peringkat liga, Geek Fam tidaklah begitu menyerlah, mendapat tempat ke-14. Oleh itu, kemenangan mereka memang tidak disangkakan peminat.

Bagi gelaran MVP Finals pula diberikan kepada Zuxxy (BTR RA) yang meraih keseluruhan 33 mata bunuh dan 7,158 daya serangan. Sebanyak AS$2,000 dianugerahkan kepada beliau.

Nantikan kemuncak SEA Finals pada Mei.

RELATED NEWS

+