Geek Fam mengacah lagi, kali ini nak ‘loan’ siapa agaknya?

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Geek Fam seperti memberi bayangan akan ada pemain mereka lagi bakal dipinjamkan ke pasukan Liga Profesional (MPL) MY S10.

Dalam satu pengumuman di Instagram, mereka memuat naik foto kesemua pemain mereka yang ada termasuklah Xorn yang sudah dipinjamkan sementara ke Team SMG.

Sebelum ini mereka ada mengacah tentang pemain dipinjamkan dan ia menjadi kenyataan untuk Xorn.

Siapakah yang mungkin dipinjamkan selepas ini?

Umum mengetahui MPL MY S10 sudah menutup perpindahan jendela untuk minggu keenam dan Geek Fam mungkin sudah meminjamkan pemain mereka ke pasukan MPL.

Minggu keenam menandakan pasukan kumpulan A dan B akan bertembung selepas lima minggu bertarung dalam kumpulan sama.

Geek Fam sebelum ini gagal ke musim liga MPL MY S10 selepas slot mereka hilang kerana gagal ke playoffs pada musim lalu.

Di pusingan kelayakan, mereka tewas di tangan Team Lemah (kini Lunatix). 

Foto: Geek Fam

RELATED NEWS

+