Geek Fam tempat ketujuh dalam kejohanan Free Fire Continental Series Asia

Tahniah diucapkan kepada satu-satunya wakil Malaysia, Geek Fam Free Fire yang berjaya meraih tempat ketujuh dalam kejohanan Free Fire Continental Series Asia.

 Geek Fam Free Fire terdiri daripada lima orang pemain:

  • Mohammad Akiq “Akiq” Akimi (Kapten)
  • Haziq “Haziq” Daniel
  • Muhammad Hafiz “Apiz” Azhar
  • Muhammad “Shoyu” Aiman
  • Noor Irfan “Raine” Haqeemy

 

Selepas enam pusingan, mereka raih keseluruhan 99 mata dan 16 jumlah mata pembunuhan. Di tempat ketujuh, Geek Fam berjaya bawa pulang AS$16,000 (RM65,000).

Sementara itu, EXP Esports dari Thailand berjaya memenangi kejohanan tersebut dengan 161 mata keseluruhan lalu membawa pulang RM325,000.

FFCS mengumpulkan 12 pasukan dari serata Asia Tenggara bertarung merebut AS$300,000 (RM1.2 juta). 

Tahniah kepada Geek Fam kerana sudah berjaya membuat nama Malaysia dikenali di peringkat Asia. Semoga terus berjaya dalam kejohanan-kejohanan akan datang!

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+