Geek Slate tukar semula nama kepada Geek Fam

Geek Slate baru-baru ini menukar semula nama mereka kepada nama asal mereka iaitu Geek Fam.

Pengumuman itu dilakukan oleh pasukan itu di laman sosial mereka pada Khamis.

Penukaran nama ini berlaku kerana perubahan dengan Avium tidak dapat menampung kos bercanggah dengan cita-cita Geek Fam.

Dengan pengumuman ini, maka semua pasukan yang bernaung di bawah Geek Fam akan kembali semula kepada nama asal.

Menurut Geek Fam, mereka berjaya untuk menjalankan operasi tanpa sebarang masalah dan mahukan pemain serta staf untuk bekerja tanpa mengalami sebarang masalah kewangan.

Pasukan itu berjaya mencapai tempat ke-10 di pentas dunia Global Championship di PlayerUnknown’s BattleGrounds Mobile (PUBGM) dan mencapai tempat pertama dan tempat ketiga di PUBG Mobile Pro League (PMPL) Malaysia 2023.

Bukan itu sahaja, pasukan Dota 2 Geek Fam berjaya layak ke Lima Major dan menjuarai kejohanan 1XPLORE.

RELATED NEWS

+