Generasi Konsol Akan Bertahan Hanya Satu Fasa Lagi – Pengasas Ubisoft

Konsol permainan video mungkin dah mendekati jangka hayat yang terakhir, menurut Pengasas Bersama Ubisoft, Yves Guillemot.

Kata beliau, masa depan industri game bergantung kepada streaming yang bebas kepada pelbagai permainan video yang boleh diakses di mana-mana platform dan gajet, dari konsol hingga ke telefon pintar dan ke TV.

Beliau juga berpendapat, kalau pendekatan ini akan membuatkan industri game AAA lebih mudah diakses, pastinya akan jadi lagi menarik.

“Pada masa depan, sistem ini akan membuatkan lebih ramai golongan sasar mengenal game dengan bajet besar.

“Ia akan membantu industri game AAA untuk berkembang lebih cepat. Kita perlu bekerjasama untuk mendapatkan akses kepada permainan-permainan ini, memastikan ia boleh dimainkan di apa-apa peranti. Tapi impak paling besar ialah kalau kita boleh stream permainan ini di telefon pintar dan skrin televisyen tanpa konsol dan ia akan mengubah industri,”

Semestinya, dunia yang mana servis penstriman game digunakan sebaiknya akan membuatkan lebih ramai non-gamer mula mengambil tahu akan dunia maya ini. Tapi adakah kita cukup bersedia untuk menghadapi penstriman tanpa had yang pastinya perlukan kelajuan Internet lebih efisien dan paling penting, sambungan Internet di pedalaman juga?

Sumber: Gamasutra

RELATED NEWS

+