Genshin Impact bekerjasama dengan Discovery Channel – Kempen kesedaran kemusnahan habitat semula jadi

Genshin Impact dan Discovery Channel kini bergabung tenaga menganjurkan satu kempen kesedaran mengenai kemusnahan habitat semula jadi yang makin membimbangkan.

Digelar Teyvat Nature Discovery Tour, inisiatif ini membawa satu dokumentari mini disuarakan oleh Kit Harrington, beberapa selebriti lain dan juga termasuk lima karakter Genshin Impact.

Dokumentari ini adalah usaha HoYoverse untuk membawa semulan kecantikan alam semula jadi dan juga menangani krisis pemanasan global.

Kehancuran krisis ini menjadi kontra yang akan ditunjukkan diantara alam semula jadi dan impaknya.

Genshin Impact x Discovery Voices of Nature celebs infographic

Suara untuk dokumentari ini adalah Kit Harington, Lily Cole, Max Djenohan, Kate Humble, dan Ed Stafford.

Video dokumentari ini juga menerangkan betapa pentingnya untuk menjaga lautan, terumbu karang, gunung-gunung salji, hutan dan padang pasir.

Acara laman web juga akan dimulakan iaitu acara Discover Traces, Explore Nature yang akan bermula 16 Mac ini.

Pemain Genshin Impact berpeluang untuk memenangi primogems dan juga perabot Serenitea Pot eksklusif.

RELATED NEWS

+