Tower of Fantasy haramkan 1,000 ‘hacker’ selama 10 tahun pada bulan Ogos

Permainan mudah alih seakan Genshin Impact, Tower of Fantasy kini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu penggodam yang semakin berleluasa.

Dalam satu ciapan di Twitter, mereka mendapati penggodam ini menipu bagi mendapatkan resources dalam permainan dan menggunakan program penipuan dalam mod Bygone Phantasm.

Lebih 1,000 penggodam berjaya dikesan pada bulan Ogos dan diharamkan dari permainan selama 10 tahun.

Mereka juga giat dengan usaha membanteras penggodam ini dengan meningkatkan kawalan sekuriti dalam permainan.

Pihak TOF juga sedia maklum dengan penggodam yang akan muncul di masa hadapan dan mereka meminta pemain untuk bekerjasama melaporkan segala aktiviti mencurigakan dalam permainan.

RELATED NEWS

+