God Of War Menambah Option Untuk Menghilangkan HUD Dari Skrin

God of War akan dikeluarkan tak lama lagi dari sekarang iaitu pada 20 April. Tapi Santa Monica ada membuat beberapa perubahan last minute. Selepas menunjukkan video gameplay minggu lepas, ramai orang yang tak suka dengan paparan on-screen (HUD) yang dikatakan mengganggu. 

Sony kemudiannya menambah pilihan untuk menutup HUD sepenuhnya. Juga di laman web rasmi God of War, Sony mendedahkan game itu mempunyai mod baru dipanggil Immersion Mode. Ini bermakna kesemua elemen HUD dikeluarkan dan mata pemain hanya tertumpu kepada karakter Kratos. Tapi jika pemain ingin melihat sekejap HUD itu, ada option untuk munculkan balik HUD sebelum ia hilang kembali.

Selain itu, Sony juga mendedahkan tahap kesukaran dalam God of War. “Give Me a Story” sesuai dengan sesiapa yang ingin hayati naratif permainan dan tak perlu pening kepala berdepan musuh. “Give Me a Balanced Experience” adalah mod normal. “Give Me a Challenge” pula lebih susah sesuai dengan namanya. Dan ada juga “Give Me God of War“, mod paling sukar dan melemahkan Kratos sebanyak mungkin dan menguatkan lagi musuh sehingga pemain perlu fikir dua tiga kali sebelum menyerang.

Sumber: PlayStation

RELATED NEWS

+