God of War Pecah Rekod Sebagai Game PS4 Eksklusif Dengan Markah Review Terbaik

Belum lagi dikeluarkan tapi God of War yang eksklusif untuk PS4 mendapat kritikan yang positif dari media gaming antarabangsa yang membuat reviu awal. Ia mendapat skor begitu tinggi iaitu 95 di Opencritic dan Metacritic, satu markah yang menakjubkan.

Ini menunjukkan ia adalah satu dari kebanyakan game PS4 yang mendapat rating tertinggi, meletakkan The Last of Us Remastered di tempat kedua. TLOU Remastered adalah game keluaran semula (pernah dikelaurkan di PS3) tapi God of War adalah standalone dan hanya dikeluarkan di PS4.

Pastinya semua ini disebabkan kesungguhan Sony Santa Monica yang cuba mengubah Kratos menjadi lebih third-dimensional dan bukan lagi seorang pembunuh yang tiada perasaan. Kali ini Kratos ditemani Atreus, satu karakter yang mengubah dirinya menjadi lebih ‘manusia’ dan sekali lagi Kratos memegang tanggungjawab paling besar iaitu menjadi seorang bapa.

 

RELATED NEWS

+