God Of War Menerima Sentuhan Anime – Jom Saksi Bagaimana Ia Dilakukan!

Siapa tak kenal God of War, ia menjadi permainan video eksklusif yang terjual sangat laris bagi Sony PlayStation. 

Jadi tak hairanlah kalau ada artis berbakat yang cuba memberi penghargaan kepada pembangun dengan melukis potret, memakai kostum cosplay dan macam-macam lagi. Tapi berapa orang je yang berani untuk mengambil langkah berlainan.. contohnya macam anime?

Inilah yang Saymond dan Predro Blaze dari Blaze Manga Productions cuba lakukan, meletakkan video yang menunjukkan bagaimana Kratos dan Atreus akan kelihatan dalam dunia anime. 

Dalam video berdurasi 11 minit termasuk artwork yang menunjukkan betapa lamanya untuk menghidupkan kembali dua karakter ini dalam anime dan nyata, ia berbaloi.

Projek ini bermula dengan sedikit stenciling dan kemudian Blaze Manga mengumpulkan kesemua artwork yang merangkumi anggota badan Kratos. Sepanjang lukisan dimulakan, kita boleh nampak objek lain mula kelihatan termasuk Atreus yang akhirnya menunjukkan posisi bersedia untuk berlawan bersama ayahnya.

Ini menunjukkan usaha untuk mencipta hasil kerja sebegini adalah sangat susah contohnya macam — bayangan serigala yang mengerumuni Atreus dan efek letupan di senjata Kratos.

Saksikan lebih banyak hasil kerja dari pelukis berbakat ini di saluran Youtube  ataupun membeli hasil kerja mereka di SINI

Buat masa sekarang mungkin ia hanyalah bahagian pertama dari projek ini. Mungkin kita akan menyaksikan bahagian kedua pula tak lama lagi. Jangan lupa langgan saluran Youtube mereka!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+