Tarikh Pelancaran God Of War Diumumkan – Dilancarkan Pada 20 April Ini Di PlayStation 4

Akhirnya penantian korang dah berakhir! God of War dijadualkan untuk pelancaran pada 20 April ini di PlayStation 4. Pengumuman itu dibuat di PlayStation Blog.

Ia memfokuskan Kratos yang mengajar anaknya, Atreus mengenai tanggungjawab dan pelbagai lagi rintangan hidupan yang dia pernah berdepan dulu.

Menariknya, Atreus tak tahu ayahnya seorang demi-god dan dia juga perlu mula berdepan dengan halangan dan menempuhi kembara berbahaya sepertinya ayahnya. Terdapat juga beberapa scene menarik menayangkan keindahan persekitaran dan juga jenis-jenis musuh. 

 

God of War baru ini membawa Kratos ke dunia yang didominasi Nordic gods dan raksasa. Seperti trailer di atas, ia akan memfokuskan kepada kisah ayah dan anak iaitu Kratos dan Atreus. Game ini juga akan mengambil masa lebih lama, iaitu sekurang-kurangnya 25-35 jam untuk dihabiskan.

RELATED NEWS

+