GPX tak akan tampil di MPL ID S10 kerana harga slot mencecah AS$2 juta?

Seperti yang kita tahu, slot untuk bermain di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) yang sudah ada status francais sangatlah tinggi nilainya. Bahkan, bagi pasukan yang ingin terus kekal berada dalam francais ini perlu menanggung kos yang tinggi.

Justeru, bekas roamer EVOS Legends, Donkey mengatakan pasukan Geng Kapak (GPX) tidak jadi bermain di MPL ID S10 disebabkan harga slot yang melambung tinggi.

“Nampaknya tidak (main di MPL ID) guys. Harga (slot) naik. Mahal. 2 juta (USD),” kata Donkey dalam sebuah penstriman langsung.

Ini menunjukkan pasukan yang ingin membeli slot perlu berbelanja sebanyak itu malah organisasi yang sudah lama melabur menunjukkan pulangan yang baik dalam industri.

Tapi kata-kata dari Donkey ini menunjukkan peluang untuk pasukan baharu hadir ke liga itu sangatlah tipis melainkan mereka di bawah organisasi yang mempunyai jumlah pelaburan tinggi.

Lihat minit 2:32:32.

RELATED NEWS

+