Selepas dilancarkan pada 16 Januari, tarikh bagi Pusingan Akhir XOX Unity League’s PUBG Mobile kini ditetapkan iaitu pada 21-22 Ogos ini.
Akibat masih berlaku penularan pandemik Covid-19, penangguhan terpaksa dilakukan dan pihak penganjur melaksanakan pertandingan ini mengikut prosidur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Peringkat pertama, Regional Master dilancarkan di seluruh negeri dan wilayah persekutuan pada 16 Januari – 7 Februari lalu. Manakala peringkat kedua, Grand Master berlangsung 30 April – 1 Mei lalu.
Pasukan yang akan bersaing di peringkat akhir ialah Team SMG, Gank, RSG MY, Dingoz MPX, Geek Fam, DMS.FV, GRITG Ares, Agent in Pyjamas, RMC Glazer, Flanx, Last Survivor Liberty, Suhaz Esport, Reckless Reborn, Esdk Sanguine, Hastalavista Esport dan Jabberwocky.
Di peringkat akhir kesemua 16 pasukan ini akan bersaing untuk merebut hadiah terkumpul yang berjumlah sebanyak RM100,000.
Pusingan Akhir XOX Unity League’s PUBG Mobile 2021 akan disiarkan secara langsung di laman Facebook dan Youtube XOX UNITY LEAGUE pada 21 dan 22 Ogos 2021.
Di samping itu, para peminat juga berpeluang untuk memenangi hadiah seperti PUBG Mobile UC, kerusi gaming, telefon pintar dan banyak lagi.