Grand Merdeka Battlegrounds."> Grand Merdeka Battlegrounds." /> Grand Merdeka Battlegrounds." />

Grand Merdeka Battlegrounds Kembali Untuk Hangatkan Arena Esports Di Sabah

Grand Merdeka Battlegrounds Season 2 kini kembali dengan pertandingan empat game untuk memeriahkan lagi suasana esports di Grand Merdeka Mall, Sabah. Dihoskan oleh Kitamen dan Grand Merdeka Mall, acara kali ini akan menampilkan empat game berbanding tiga game pada festival pertama Grand Merdeka Battlegrounds.

Antara game-game yang bakal dipertandingkan ialah FIFA 18, Mobile Legends, Tekken 7 dan DOTA 2 dengan hadiah terkumpul sebanyak RM6,500! Festival esports akan berlangsung selama 3 hari bermula dengan E-Sports Experience Day pada 17 Ogos di mana orang ramai boleh merasai pengalaman bermain konsol game.

Game-game yang bakal dipertandingkan sepanjang 2 hari festival Grand Merdeka Battlegrounds Season 2

Pada 18 Ogos, festival Grand Merdeka Battlegrounds Season 2 secara rasminya dimulakan dengan tiga game dahulu iaitu dengan pertandingan FIFA 18 sehingga ke 32 pemain akan mara ke peringkat seterusnya. Dalam pada masa yang sama, sebanyak 64 kumpulan akan bertanding untuk Mobile Legends dan hanya 16 kumpulan akan pergi ke tahap lebih tinggi. Salah satu pertandingan lagi ialah pertandingan Dota 2 di mana 16 kumpulan akan bertarung sehingga ke suku akhir.

Perlawanan antara atlet esports bagi ketiga-tiga pertandingan akan dilanjutkan pada hari seterusnya, 19 Ogos. Lebih-lebih lagi, pertandingan baru diperkenalkan untuk Grand Merdeka Battlegrounds Season 2 kali ini ialah pertandingan Tekken 7 yang bermula pada hari Ahad ini.

Korang boleh rujuk jadual di bawah untuk lihat aktiviti dan program berlangsung selama tiga hari:

Jadi, siapakah yang bakal menjulang kejuaraan bagi keempat-empat game ini? Jom kita memeriahkan lagi acara Grand Merdeka Battlegrounds Season 2 di Grand Merdeka Mall, Sabah pada 17 Ogos sehingga 19 Ogos 2018!

RELATED NEWS

+