melaporkan Garena Free Fire mengenakan tindakan tatatertib kepada beberapa pemain SEM9 dan AutoKnockout (AKO) kerana terbabit dalam aktiviti smurfing iaitu perbuatan pemain profesional memainkan akaun pemain lain bagi membantunya melayakkan diri dalam kejohanan."> melaporkan Garena Free Fire mengenakan tindakan tatatertib kepada beberapa pemain SEM9 dan AutoKnockout (AKO) kerana terbabit dalam aktiviti smurfing iaitu perbuatan pemain profesional memainkan akaun pemain lain bagi membantunya melayakkan diri dalam kejohanan." /> melaporkan Garena Free Fire mengenakan tindakan tatatertib kepada beberapa pemain SEM9 dan AutoKnockout (AKO) kerana terbabit dalam aktiviti smurfing iaitu perbuatan pemain profesional memainkan akaun pemain lain bagi membantunya melayakkan diri dalam kejohanan." />

Isu joki: Pemain profesional Free Fire dan kali ini pengulas juga dikenakan ban

Sebelum ini, penulis melaporkan Garena Free Fire mengenakan tindakan tatatertib kepada beberapa pemain SEM9 dan AutoKnockout (AKO) kerana terbabit dalam aktiviti smurfing iaitu perbuatan pemain profesional memainkan akaun pemain lain bagi membantunya melayakkan diri dalam kejohanan.

Hari ini, Garena mengenalpasti beberapa lagi pemain yang terbabit dan seorang pengulas turut terpalit sama.

Peraturan Kompetitif: MCP Majors Musim 2 Pada 15 Ogos 2021, Garena Free Fire MCP Esports Team dimaklumkan mengenai…

Posted by Garena Free Fire on Monday, 16 August 2021

Antara pemain yang terbabit adalah:

1. Geek.Apiz (Geek Fam)
2. Geek.Shoyu (Geek Fam)
3. BRO.x4MOYY ‘(BOROCIALGEGIRL)
4. BRO.xNADIA (BOROCIALGEGIRL)
5. XRS.MIFZAL (NOXSCAPE.RUSUH)
6. BLCK_JeBatt.

Tindakan yang dikenakan kepada pemain ini adalah pasukan Geek Fam, BorocialGegirl dan NOXCAPE.RUSUH dibatalkan dari menyertai MCP Majors musim kedua.

Mereka juga dikenakan ban selama setahun daripada menyertai mana-mana kejohanan rasmi Free Fire.

Bagi pengulas pula, Garena menyenaraikan nama AddMaths yang terbabit dalam isu itu. Beliau dikenakan ban selama setahun dari mengulas dan mengacara mana-mana kejohanan rasmi Free Fire.

Garena juga memandang serius integriti persaingan untuk membina ekosistem esports yang adil dan sihat untuk semua peserta. 

Tindakan Garena ini pastinya menunjukkan mereka serius dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan aktiviti salah dari segi peraturan.

RELATED NEWS

+