Grand Theft Auto 6 dalam pembangunan, ini mungkin tarikh pelancarannya

GTA V pertama kali dilancarkan hampir 10 tahun lalu pada September 2013 dengan peminat lama mengharapkan sebarang jenis pengumuman rasmi tentang GTA 6. 

Selepas bertahun-tahun khabar angin dan misteri mengenai apa yang Rockstar rancangkan seterusnya untuk siri Grand Theft Auto, GTA 6 akhirnya disahkan.

Walaupun gembar-gembur besar mengelilingi Grand Theft Auto seterusnya, Rockstar mendedahkan GTA 6 dengan cara yang sangat halus dengan melalui blognya dan kicauan.

“Dengan setiap projek baharu yang kami mulakan, matlamat kami sentiasa menjadi lebih baik berbanding apa yang kami sampaikan sebelum ini — dan kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa pembangunan aktif untuk permainan seterusnya dalam siri Grand Theft Auto sedang berjalan dengan baik,” menurut kemaskini blog Rockstar.

Walaupun tiada tangkap layar, rakaman dalam permainan atau bahkan logo untuk permainan yang didedahkan ini, ia pasti berita gembira bagi peminat GTA.

Tarikh Pelancaran

Treler GTA V pertama muncul pada tahun 2011, dua tahun sebelum permainan sebenarnya dilancarkan. Jadi peminat mungkin masih menunggu sehingga mereka akhirnya dapat bermain GTA 6.

Menurut Tom Henderson, penulis yang sering tepat dengan apa yang beliau tiriskan, GTA 6 mungkin akan dilancarkan sekitar 2024 atau 2025.

Nampaknya peminat terpaksa menunggu untuk menikmati sambungan GTA V.

Sumber rujukan: VGC

RELATED NEWS

+